|
Institut Memandu Kecemerlangan Latihan (IMKL) mula beroperasi pada bulan November 2006 di bawah pengurusan syarikat Telatin Mewah Sdn Bhd (309496-P). Mempunyai lebih 50 buah kenderaan yang berdaftar untuk mengajar, tenaga pengajar lelaki dan wanita yang terlatih serta mempunyai sijil pengajar yang bertauliah (SPIM) oleh JPJ.
Penubuhan institut ini bagi menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan pemandu yang terlatih dan berhemah di jalanraya. IMKL Setapak telah dibina menepati spesifikasi Jabatan Penangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang terkini dan merupakan antara institut memandu yang tercanggih dari segi kemudahan pasarana. Gabungan tenaga pengarah dan kakitangan operasi yang berpengalaman dalam bidang perlesenan memberi satu kelebihan kepada syarikat. Di dalam dunia pasaran yang kompetitif ini, IMKL berkeyakinan untuk terus maju dan berdaya saing untuk menjadi antara institut memandu yang terunggul di Kuala Lumpur.
MISI
Melatih bakal pemandu dengan cara yang terbaik sehingga lulus cemerlang dan melahirkan pemandu yang berhemah di jalanraya.
VISI
Menjadi sebuah pusat pembelajaran memandu setempat yang berdaya saing dan turut memberi peluang pekerjaan serta peluang perniagaan kepada penduduk yang berhampiran.
|